Pagi yang sejuk dan berkabus ini, Wilbur Wright dan adiknya, Orville Wright pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikal seperti biasa. Wilbur yang nampak ganas sebenarnya lembut hatinya. Dia sayang akan adiknya Orville yang sorang itu. Hari-hari mereka pergi ke sekolah bersama. Pada suatu hari, Cikgu Albert Einstein masuk ke Kelas 5 Hantu. Beliau memulangkan satu persatu buku latihan pelajar-pelajarnya. Sehingga tiba nama Wilbur, Cikgu Albert berhenti. Dia bertanya pada Wilbur :-
Cikgu : Wilbur, Orville itu adik kamu ya? Nama bapa sama.
Wilbur: Ya cikgu.
Cikgu : Adik kamu Orville tu yang hidung besar tu kan?
Cikgu : Adik kamu Orville tu yang hidung besar tu kan?
Kata-kata Cikgu Albert bagai satu tamparan kepadanya. Bukan dia tak tahu, adik kesayangannya itu pernah beberapa kali tidak mahu ke sekolah kerana diejek oleh para pelajar dan guru mengenai hidungnya itu. Kerana ingin menyedarkan Cikgu Albert, Wilbur pun mengeluarkan kata-kata dengan nada yang tinggi.
Wilbur : Cikgu! Cikgu-cikgu macam kamu ni lah yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah, mahu bunuh diri dan hilang keyakinan diri.
Cikgu : Saya tak cakap apa-apa. Kenapa pula nak salahkan cikgu.
Wilbur: Ah! Tak cakap apa-apa cikgu cakap. Banyak lagi benda yang positif ada pada adik saya itu tetapi kenapa cikgu masih mahu mengatakan perihal yang sensitif dan negatif. Perihal rupa paras. Cikgu tak layak nak didik anak bangsa.
Cikgu :Wah wah. Kamu nak dibuang sekolah ye.
Wilbur : Saya tak hingin lah sekolah di sini. Perangai macam cikgu yang memalukan pelajar ini lah yang ditiru oleh pelajar-pelajar lain. Hak tui!
Semua pelajar dalam kelas 5 Hantu terkejut dengan kata-kata Wilbur. Bagai ada hantu merasuk dirinya.
Keesokannya, Wilbur mendapat surat amaran terakhir dan diminta keluar dari sekolah itu. Wilbur keluar dengan hati gembira kerana cikgu Albert Eisntein telah berubah sikap. Dia tidak lagi menggambarkan seseorang pelajar itu dengan rupa fizikal tetapi dengan kelebihan seseorang itu. Sifat baru cikgu dan amaran dari Wilbur juga telah mengubah attitude pelajar-pelajar sekolah itu. Mereka tidak lagi mengejek seseorang itu malah berkawan baik dengan semua orang. (kalau tak suka tak kawan terus)
~the end~
p/s : Wilbur and Orville Wright ialah dua inventor dan mereka jugalah yang mereka airplane.
awak nak panggil saya apa?hehe
ReplyDeletehai si budak comel lote!
ReplyDeletep/s : orang puteh suka cerita kedai kopi juga haha
ReplyDeletehaha. sape tak suka kedai kopi. keh keh.
ReplyDelete