August 30, 2011

selamat hari raya

perh perh..geli gila. 1st time gua buat video. sori kalau annoy. aku tgk pon annoy. haha.btw selamat hari raya.


p/s: yang penting isi video tu.kah kah

August 26, 2011

sayangnya abang kepada seorang adik

Pagi yang sejuk dan berkabus ini, Wilbur Wright dan adiknya, Orville Wright pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikal seperti biasa. Wilbur yang nampak ganas sebenarnya lembut hatinya. Dia sayang akan adiknya Orville yang sorang itu. Hari-hari mereka pergi ke sekolah bersama. Pada suatu hari, Cikgu Albert Einstein masuk ke Kelas 5 Hantu. Beliau memulangkan satu persatu buku latihan pelajar-pelajarnya. Sehingga tiba nama Wilbur, Cikgu Albert berhenti. Dia bertanya pada Wilbur :-

Cikgu : Wilbur, Orville itu adik kamu ya? Nama bapa sama.
Wilbur: Ya cikgu.
Cikgu : Adik kamu Orville tu yang hidung besar tu kan?

Kata-kata Cikgu Albert bagai satu tamparan kepadanya. Bukan dia tak tahu, adik kesayangannya itu pernah beberapa kali tidak mahu ke sekolah kerana diejek oleh para pelajar dan guru mengenai hidungnya itu. Kerana ingin menyedarkan Cikgu Albert, Wilbur pun mengeluarkan kata-kata dengan nada yang tinggi.

Wilbur : Cikgu! Cikgu-cikgu macam kamu ni lah yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah, mahu bunuh diri dan hilang keyakinan diri. 
Cikgu : Saya tak cakap apa-apa. Kenapa pula nak salahkan cikgu.
Wilbur: Ah! Tak cakap apa-apa cikgu cakap. Banyak lagi benda yang positif ada pada adik saya itu tetapi kenapa cikgu masih mahu mengatakan perihal yang sensitif dan negatif. Perihal rupa paras. Cikgu tak layak nak didik anak bangsa.
Cikgu :Wah wah. Kamu nak dibuang sekolah ye.
Wilbur : Saya tak hingin lah sekolah di sini. Perangai macam cikgu yang memalukan pelajar ini lah yang ditiru oleh pelajar-pelajar lain. Hak tui!

Semua pelajar dalam kelas 5 Hantu terkejut dengan kata-kata Wilbur. Bagai ada hantu merasuk dirinya.

Keesokannya, Wilbur mendapat surat amaran terakhir dan diminta keluar dari sekolah itu. Wilbur keluar dengan hati gembira kerana cikgu Albert Eisntein telah berubah sikap. Dia tidak lagi menggambarkan seseorang pelajar itu dengan rupa fizikal tetapi dengan kelebihan seseorang itu. Sifat baru cikgu dan amaran dari Wilbur juga telah mengubah attitude pelajar-pelajar sekolah itu. Mereka tidak lagi mengejek seseorang itu malah berkawan baik dengan semua orang. (kalau tak suka tak kawan terus)
~the end~


mari adikku sayang intan payung kita terbang


suka hati aku lah nak panggil kamu semua apa pun


p/s : Wilbur and Orville Wright ialah dua inventor dan mereka jugalah yang mereka airplane.

August 23, 2011

plastic

Kamilah duduk diam di meja bacaan di biliknya. komputer ribanya masih terbuka. Laman sesawang Myspace tak henti-henti di tenungnya. Menunggu notificationnya yang sudah tiga hari tidak berganjak. Hatinya sedih. Macam-macam yang difikirnya.
"kawan-kawan tak suka aku ke?"
"kenapa Kimora dan Mel-B beribu-ribu kawan sedangkan aku cuma ada 30 orang kawan, sedangkan banyak masa mereka dihabiskan bersama aku. Ahli keluarga kot. Cantik-cantik pulak tu"

selepas berminggu-minggu notificationnya tak bergerak, (berbulan sebenarnya), Kamilah nekad. Dia tidak mahu menjadi invisible. Dia penat disisihkan. Sedangkan semua orang di sekolah sibuk mengatakan perihal Myspace. Dia nekad untuk berubah. Kamilah ingin membuat Myspace baru. Tapi dia ingin tunggu sehingga cukup ilmu didada. Ya. Kamilah telah berminggu-minggu menghabiskan masa di depan komputer ribanya selepas pulang dari sekolah. Semata-mata untuk menjalankan ujikaji bagaiman mahu menjadi HOTSTUFF. Dia nekad ingin menjadi popular di laman sesawang Myspace nanti. Selepas melakukan research, dia menyimpulkan bahawa:
  • nama mestilah canggih seperti Gucci Catrina, Fatimah Salvatore, Zaimah Deschanel (nama asal Kamilah ialah Kamilah Kadarsian)
  • comment to comment dengan budak-budak HOT yang cantik gambarnya.(gambar sahaja)
  • gambar-gambar profile yang di edit bloom dan blur yang menampakkan kulit wajah yang licin dan putih. Gambar juga diambil dari angle tinggi bagi nampak mata besar dan muncung (kawaii bajet jepun ja)
  • status pula status orang putih sahaja (hot kan tak pandai bahasa melayu) Quote dari Ghandi je semua.
  • gambar diambil dengan memakai baju bewarna-warni,dengan harapan nampak cantik lah di dalam gambar (daring tu berani pakai baju warna warni)
Sebenarnya banyak lagi yang Kamilah perasan tentang Myspace Hothot stuff ni. Tapi dia mahu mencuba dahulu dengan apa yang ada sekarang. Kebetulan, Facebook,Thumblr dan Twitter sedang naik ketika itu, dia membatalkan niat untuk membuat second Myspace tetapi membuka satu akaun baru facebook. Akaun baru miliknya kini tidak lagi menggunakan nama Kamilah Kadarsian malah menggunakan nama Kim K ( mysterious lah katakan) Dia juga meletak gambar-gambar yang di edit cantik sebagai gambar profilenya. Dia juga mengambil baju ibunya dari zaman 80-an untuk dibuat album-album gambar dalam facebook.

Dalam seminggu, memang banyak friendrequest. Tiap-tiap kali online mesti 30++ orang add. Dia akan approve semua kerana sangat gembira dengan perkara itu kerana ini bermakna usahanya berjaya. Status juga yang cool-cool sahaja di updatenya seperti My idea of sexy is that less is more wonder.blah blah blah.
Tidak seperti dulu,dia biasa mengupdate status pasal dirinya yang sangat boring itu. No wonder tiada orang mahu comment. Kim juga sanggup membeli buku quote semata-mata untuk update status (memang tahap ntah pape gila) agar berpuluh-puluh orang like dan tulis "u're so cool".

Semua orang di tegurnya dengan "hi gorgeous<3 <3 <3" dengan harapan untuk mendapat balasan yang baik. Dia juga membalas wall kawan-kawan yang sama hot sahaja. Kim sudah berubah. Dia delete sahaja wall post sahabat-sahabat dia yang kurang hot. Di sini,Giulianna selalu terkena tetapi dia sabar sahaja. Malah dia selalu menegur IM Kim ketika Kim online bahawa jangan terlampau sombong. Tetap diabaikan. Lama kelamaan, Giulianna nak tegur pon dah malas dah. "Kim sudah besar. Dia tahu apa yang dia buat" kata-kata Giulianna menyejukankan hatinya.

Selepas 4 bulan, Kim semakin  seronok dilayan alam maya. Semua orang memuji dia. Semua orang mengatakan suka akan stylenya. Semua orang menipu kerana ingin menjaga hati dia kerana Kim juga sering like dan comment-comment status mereka-mereka yang lain. Team-team FAKE serupa dengan Kim lah terutamanya yang like statusnya. Dalam beberapa hari lagi kolej akan dibuka. Dia ingin memulakan hidup baru. Dia ingin berlagak cool depan semua orang, dia juga hanya akan menegur rakan-rakan yang hot juga. Detik hatinya.
Memang apa yang dirancang dilakukan dengan baik. Semua berjalan lancar. Semua orang memandang Kim. Tetapi dia tidak sedar bahawa semua orang memandangnya kerana mengutuknya. Ada yang mengatakan dia tu bajet hot. Tak sedar diri anak cleaner. Ada juga yang mengatakan bahawa dia sangat Fake. Ramai yang tidak suka dengan perangainya. Tapi asal ada sahaja yang menegur pasti dia abaikan. Selepas seminggu di kolej, ada seorang budak lelaki terfeymes dan ternakal mengurat Kim. Bill Banana. Macam-macam yang mereka borakkan bersama di laman Facebook. Kim selalu google untuk mengetahui berita terbaru untuk memastikan dia tidak ketinggalan zaman. Kim juga semakin sombong kerana dia yakin si Bill akan sangat menyayanginya.

Sehingga pada satu hari, mereka berjanji untuk berjumpa ketika date. Kim sangat gementar. Dia memakai baju ibunya untuk kelihatan sama seperti dalam gambar-gambar. Kim tidak tahu bahawa Bill hanya akan menyakitkan hatinya pada hari itu. Dan pada hari itulah Kim dimaki habis-habisan oleh Bill dan rakan-rakan Bill. Pada waktu itu,dia sangat kecewa. Baju ibunya juga dimaki-maki. Hancur luluh hatinya. Dia rebah kerana terlalu sedih dan malu akan penghinaan itu. Dia juga merayu agar Bill dan rakan-rakan menghentikan penghinaan tapi Bill abaikan. Akhirnya,Giulianna datang membantu.

Selepas beberapa hari kejadian itu, Kim tidak sanggup untuk pergi ke kelas. Giulianna banyak membantu Kim tetapi diabaikan. Sehingga pada suatu hari Kim mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ya Kim telah membunuh diri dengan (tak dapat dinyatakan kerana sangat mengerikan)..........................

p/s: berdasarkan cerita benar. Kisah tidak dapat disambung demi menjaga hati ahli keluarga. Nama tiada kena mengena dengan sesiapa mahupun rakan kolej atau sekolah.







Blog Archive